Dikenali sebagai Kak Mas atau Kak Tura

Menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan allahyarham suami bukanlah satu perkara yang mudah apa lagi bila terpaksa berdepan dengan kesedihan, kehilangan dan keperitan.

Namun, atas dasar kasih sayang serta rasa tanggungjawab terhadap masyarakat yang pernah  dan sentiasa menyokong Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, maka Datin Mastura Mohd Yazid bersedia untuk memikul galas sebagai calon Barisan Nasional (BN) Kuala Kangsar P.067.

Beliau bertanding bukan kerana dipaksa.  Sebaliknya kerana ingin menyelesaikan banyak perkara yang masih di dalam perancangan.

Malah dalam kalangan masyarakat setempat sendiri, Datin Mastura tidak dikenali sebagai seorang Datin sebaliknya lebih senang  dengan panggilan Kak Mas atau Kak Tura.  Begitu akrabnya hubungan Datin Mastura dengan rakyat Kuala Kangsar.


"Saya selalu bersama Allahyarham ketika beliau memikirkan apa yang harus dibuat dan sedikit sebanyak diminta untuk memberi pandangan."
-
Datin Mastura Abdul Yazid (Calon BN PRK Kuala Kangsar P.067)


foto kredit: NST


Dikenali sebagai Kak Mas atau Kak Tura Dikenali sebagai Kak Mas atau Kak Tura Reviewed by CheritaMalaysia on 1:17 PM Rating: 5

No comments