EURO 2016 : England - Rusia Berkongsi Mata.

Eric Dier (kanan) meraikan gol pertama perlawanan
bersama rakan sepasukan.
MARSEILLE, Perancis, 12 Jun - England gagal meraih tiga mata penuh apabila hanya mampu seri 1 - 1 ketika berdepan skuad Rusia dalam saingan Kumpulan B, EURO 2016 di Stadium Stade Velodrome.

England beraksi baik di awal perlawanan meskipun menyaksikan Wayne Rooney bermain di bahagian tengah dan Jamie Vardy hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang saingan.

Rembatan kaki kanan Eric Dier pada minit ke 73 meletakkan pasukan bimbingan Roy Hodgson di hadapan sebelum Rusia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Vasili Berezutski pada minit ke 92.

EURO 2016 : England - Rusia Berkongsi Mata. EURO 2016 : England - Rusia Berkongsi Mata. Reviewed by CheritaMalaysia on 2:59 PM Rating: 5

No comments