Berhati-hati Apabila Keluar Dari Bank

Pastikan anda tidak diekori orang tidak dikenali setelah mengeluarkan wang yang banyak dari bank. Anda mungkin menjadi sasaran perompak!

Menurut polis, modus operandi perompak adalah memerhati dan menyasarkan individu yang mengeluarkan jumlah wang besar di bank dan akan mengekorinya.

"Suspek akan menyewa kenderaan tempatan dan mengekori mangsa hingga tempat mangsa berhenti sebelum bertindak," kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan. 

Pemilik kedai kereta sewa juga dinasihatkan agar mengambil butir-butir peribadi penyewa kenderaan mereka agar tidak disalahguna.


Pada Khamis lepas, dua suspek lelaki memecahkan tingkap sebuah kereta milik seorang pengarah syarikat yang ketika itu sedang menunaikan solat Asar di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras.

Sebelum itu mangsa membuat pengeluaran wang dari bank berhampiran. Suspek bertindak memecahkan kereta mangsa dan mengambil sampul surat berisi wang RM29,440 dan melarikan diri dengan menaiki kereta sewa jenis Myvi.
Berhati-hati Apabila Keluar Dari Bank Berhati-hati Apabila Keluar Dari Bank Reviewed by CheritaMalaysia on 8:27 PM Rating: 5

No comments