Air Nabeez - Bantu Tahan Lapar dan Dahaga

Salam Ramadan untuk semua!! Hari ini hari pertama semua umat Islam berpuasa. Jadi rasanya, tips begini amat membantu dalam menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa.

Tau tak, air nabeez iaitu air campuran kurma dan air kosong sangat elok diamalkan dan diminum setiap kali bersahur? Kenapa? 


Kelebihan air nabeez
1) Menahan perut dari lapar dan dahaga

2) Membantu menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya di dalam tubuh - sangat berguna untuk detox

3) Air ini tinggi dengan kadar fiber - membantu proses pencernaan yang baik dan menajamkan fikiran 

4) Pemakanan Nabi Muhammad SAW



Cara-cara menyediakan air nabeez
1) Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1 liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. 

2) Rendam isi kurma dalam air kosong biasa pada waktu malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3) Minum air itu pada waktu sahur esoknya.


Tips
1) Elok buat air ini untuk sekali minum sahaja. Jangan simpan lama sangat, sebab kalau lebih 3 hari air ini jadi masam dan tak boleh diminum.

2) Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari-hari lain walaupun bukan di bulan Ramadhan. 

3) Amalkan ketika perut kosong.

4) Kalau ada yang nak guna kismis, boleh juga tetapi jangan campur. Kalau buat kurma, kurma saja. Kalau kismis, kismis saja.


Selamat mencuba dan selamat berpuasa!

Air Nabeez - Bantu Tahan Lapar dan Dahaga Air Nabeez - Bantu Tahan Lapar dan Dahaga Reviewed by CheritaMalaysia on 4:11 PM Rating: 5

No comments