Ng Woon Chieh, 38, dan Chow How Luen, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mereka didakwa memiliki tiga butir bom buatan sendiri tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang di rumah beralamat C-17-02, Blok C, Metropolitan Square, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, di sini kira-kira pukul 6 pagi, 17 April lalu.
bom
Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan minimum enam kali.