Kuala Kangsar Tidak Pernah Terpinggir

Kuala Kangsar kini menjadi tumpuan selepas kehilangan wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Kair-il dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pilihan raya kecil yang bakal berlangsung tidak lama lagi membuka mata orang ramai terhadap kawasan parlimen ini.

Namun, Kerajaan tidak pernah meminggirkan kawasan makmur ini. Terbaharu, Kerajaan Persekutuan telah membeli tanah seluas 20 hektar untuk mendirikan 3 buah sekolah di sebelah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah. Ini membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa prihatin dengan pembangunan kawasan ini.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM3 juta untuk membina jambatan kedua di sungai cermin demi kepentingan dan keselamatan pengguna.

Adun Bukit Chandan, Maslin Sham Razman (Gambar) berkata, tidak cukup dengan itu, pihaknya telah bekerjasama dengan MPKK untuk merancang pembangunan kawasan Lembah Kuala Kangsar untuk di jadikan Taman tema Air. Ini bagi memajukan kawasan tersebut bagi menambahbaik ekonomi dan sosial penduduk tempatan.

Kuala Kangsar Tidak Pernah Terpinggir Kuala Kangsar Tidak Pernah Terpinggir Reviewed by CheritaMalaysia on 11:12 AM Rating: 5

No comments