Perlu ada pangkalan data. #PRKKualaKangsar
foto kredit:mynewshub |
Ingin mewujudkan
pangkalan data untuk golongan yang memerlukan!
Itulah antara perkara
yang akan dilakukan oleh calon BN bagi P.067, Datin Mastura Mohd Yazid
sekiranya beliau terpilih dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar nanti.
Katanya, data
mengenai golongan sebegitu telah diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) namun beliau berpendapat setiap wakil rakyat perlu ada satu senarai
penerima bantuan yang layak untuk dimasukkan ke dalam senarai E-Kasih.
“Jika saya menang,
saya akan bergerak ke semua kampung yang ada di dalam Parlimen Kuala Kangsar
untuk mendengar serta melihat sendiri apa yang penduduk perlukan.”
Beliau percaya,
sekiranya hendak membantu orang, maka tindakan yang diambil hendaklah cepat,
tepat dan bantuan perlu diberikan secara menyeluruh.
Perlu ada pangkalan data. #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
9:30 AM
Rating:
No comments