Kes Pertama Akibat Mercun
Baru 5 Ramadan, namun sudah ada kanak-kanak yang cedera akibat bermain mercun!
Kejadian berlaku di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun putus tiga jari manakala tapak tangan kanannya terbelah.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang semalam, Adam Haikal Mohd Sabri, dikatakan tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan menyebabkan mercun itu meletup di tangannya.
Adam dibawa ke Hospital Kuala Kangsar sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping malam tadi.
Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi tadi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.
Orang ramai di tempat kejadian dikatakan telah menasihatkan Adam dan kawan-kawannya supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama yang menghasilkan bunyi kuat. Tidak lama kemudian, kedengaran letupan mercun untuk kali kedua dan disusuli jeritan Adam yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tangannya.
Kes Pertama Akibat Mercun
Reviewed by CheritaMalaysia
on
6:57 PM
Rating:
No comments