VIDEO : Kadar Pemotongan Harga Padi Basah


Mohon agar YB Budiman Mohd Zohdi meninjau dan menangani isu kadar pemotongan harga padi basah telah dinaikkan dari sekitar 15% hingga 23% mulai Januari 2106.


Demikian harapan seorang pengundi tempatan, Mardianis Latin apabila diajukan soalan mengenai harapan beliau sekiranya YB Budiman terpilih meneruskan legasi kecemerlangan BN di Sungai Besar.

Kenaikan kadar pemotongan padi basah ini secara tidak langsung telah menyebabkan hasil jualan padi merosot sekitar RM400 hingga RM500 untuk setiap petak padi.

Ketika ditanya mengenai pandangan beliau mengenai Calon BN itu, beliau menyifatkan YB Budiman sebagai seorang yang amat mudah didekati dan tidak mementingkan protokol.  Beliau juga tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada masyarakat dan sering meluangkan masa melawat golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
VIDEO : Kadar Pemotongan Harga Padi Basah VIDEO : Kadar Pemotongan Harga Padi Basah Reviewed by CheritaMalaysia on 2:39 PM Rating: 5

No comments