Peluang untuk mengubah cara hidup komuniti #PRKKualaKangsar
Farizah
Foto: Wira
Pembinaan Pusat Internet 1Malaysia di Kampung
Changkat Manong, Kuala Kangsar bukan kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan
diadakan tetapi ia telah berada di dalam perancangan sejak Allahyarham Datuk
Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Malah arwah sentiasa bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk
membincangkan perkara tersebut.
![]() |
Dato' Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika berucap di program Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia di Kampung Changkat Manong. |
“Dengan adanya perkhidmatan pusat internet
yang bakal diwujudkan nanti, ianya diharap dapat memudahkan aktiviti seharian
penduduk setempat selain memastikan capaian dan keterhubungan antara pendudukl
dapat dipertingkatkan.”
“Ia juga diharap dapat meningkatkan taraf
hidup masing-masing dan dilihat sebagai satu peluang untuk mengubah cara hidup
komuniti di Kampung Changkat Manong untuk terus maju dalam era globalisasi yang
pesat,” jelas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari
ketika menghadiri program Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat
Berinformasi Sedunia di Kampung Changkat Manong pada 11 Jun 2016.
Dalam program tersebut, beliau turut
memaklumkan sehingga akhir April 2016, sebanyak 674 Pusat Internet 1Malaysia
telah beroperasi di seluruh negara dengan 50 daripanya terletak di Perak.
Pusat Internet 1Malaysia ini berfungsi
menyediakan akses kepada komuniti luar bandar dengan penyediaan bukan sahaja
kemudahan computer dan internet, malah tenaga penyelia untuk mengajar dan
membantu komuniti setempat menggunakan kemudahan yang disediakan.
Turut hadir ke program tersebut Ahli Dewan
Undangan Negeri Manong, YB Mohamad Kamil Safie, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan
Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengarah Wilayah Utara
(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), Ismail Othman.
Peluang untuk mengubah cara hidup komuniti #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
2:19 PM
Rating:

No comments