SungaiBesar : Perubahan Positif

Sungai Besar, 6 Jun - Jika ketika PRU 13, mereka langsung tidak mahu keluar rumah ketika jentera pilihan raya datang ke rumah mereka namun kini mereka sudah mula menyambut tangan yang dihulurkan.  Demikian pandangan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong ketika ditanya mengenai sokongan pengundi Cina sekitar Sekinchan dalam PRK Sungai Besar.

"Meskipun terlalu awal untuk mengesahkan sokongan itu sebab tempoh kempen (pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar) baru bermula, namun saya melahirkan keyakinan yang BN boleh menang dengan lebih banyak undi dan kita akan membantu kempen calon BN," katanya kepada pemberita selepas program tinjauan mesra di kawasan perkampungan nelayan Bagan Sekinchan di sini.


Sejumlah 13,094 pengundi Cina daripada 42,655 jumlah pemilih berdaftar di Parlimen Sungai Besar dengan sebahagian besarnya tertumpu di DUN Sekinchan iaitu sebanyak 9,139 orang.



Foto Kredit : BERNAMA
SungaiBesar : Perubahan Positif SungaiBesar : Perubahan Positif Reviewed by CheritaMalaysia on 3:42 PM Rating: 5

No comments