Seronok dan mahu bertemu semua penduduk. #PRKKualaKangsar

Tinggal dua hari baki untuk berkempen sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) P.067 Kuala Kangsar.

 Calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid mempergiatkan program jelajah dan berkunjung dari rumah ke rumah bagi menyampaikan mesej ibu mereka yang masih sedang berada dalam tempoh edah.

Menurut anak ketiga Datin Mastura, Wan Iskandar, dia dan adik-beradiknya gembira sepanjang kunjungan dari mula berkempen sehingga kini kerana kebanyakannya menyatakan sokongan secara  terbuka terhadap ibu mereka.

“Kami tidak menetapkan sasaran atau golongan yang ingin ditemui kerana seboleh-bolehnya mhu berjumpa dengan semua pengudi dalam tempoh yang singkat ini,” kata Wan Iskandar.

Tambah Wan Iskandar, beliau berharap dapat pergi ke semua kawasan di Parlimen Kuala Kangsar  sehingga hari terakhir berkempen (17 Jun 2016).


 
foto kredit: berita harian
Seronok dan mahu bertemu semua penduduk. #PRKKualaKangsar Seronok dan mahu bertemu semua penduduk.   #PRKKualaKangsar Reviewed by CheritaMalaysia on 3:57 PM Rating: 5

No comments