#PRKSungaiBesar : Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Sampai Ke Tanah Dipatuk Ayam.

Saidik Talib
SUNGAI BESAR, 11 Jun - Sudah jatuh ditimpa tangga, sampai ke tanah dipatuk ayam.  Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan situasi para nelayan di Kampung Sungai Haji Dorani, di sini apabila semakin hari semakin dihimpit masalah.

Bukan sahaja masalah pencerobohan nelayan pukat tunda yang berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan mereka tidak diatasi, malah mereka kini terpaksa pula berhadapan dengan cadangan Kerajaan PKR Selangor yang mahu mengenakan caj jeti pendaratan dan tambatan bot sebanyak RM600 setahun.

"Sepatutnya Kerajaan Negeri memikirkan bagaimana untuk menambah pendapatan kami, bukannya mengutip bayaran daripada hasil titik peluh kami," ujar Saidik Talib, 50 tahun yang merupakan salah seorang nelayan yang akan terkesan sekiranya cadangan ini dilaksanakan,

Buat masa ini tiada sebarang caj yang dikenakan.


Foto Kredit : Utusan Malaysia.
#PRKSungaiBesar : Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Sampai Ke Tanah Dipatuk Ayam. #PRKSungaiBesar : Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Sampai Ke Tanah Dipatuk Ayam. Reviewed by CheritaMalaysia on 1:23 PM Rating: 5

No comments