#PRKSungaiBesar : BN Untuk Semua Kaum.
KUALA LUMPUR, 10 Jun - Tidak ada ruang untuk parti yang memecahbelahkan keharmonian kaum sebaliknya PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan menyaksikan kejayaan parti yang menyemai kesatuan antara kaum. Demikian pandangan Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Ini merupakan faktor utama yang perlu dijadikan asas dalam pertimbangan mana-mana jentera kempen jika mahu melihat parti mereka beroleh kejayaan.
“Dua kawasan pilihan raya itu (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) mempunyai lebih kurang dua pertiga (pengundi) Melayu dan satu pertiga bukan Melayu, terutama Cina. Jadi, tiada satu pun kumpulan etnik yang boleh menang dengan mudah. Perpaduan kaum diperlukan untuk menjamin kemenangan dalam pilihan raya kecil ini, lebih-lebih lagi ia bukan merupakan pertandingan satu lawan satu dan semua calon pula adalah Melayu,” tulis beliau dalam laman blognya, sskeruak.blogspot.com, hari ini.
Foto Kredit : Utusan Malaysia
#PRKSungaiBesar : BN Untuk Semua Kaum.
Reviewed by CheritaMalaysia
on
10:27 AM
Rating:
No comments