#PRKSungaiBesar : 75% Jangkaan Keluar Mengundi.
![]() |
Mohd Hashim Abdullah. |
KUALA KANGSAR, 17 Jun - 75% daripada 74,997 pengundi yang berdaftar (42,365 di Sungai Besar dan 32,632 di Kuala Kangsar) akan keluar mengundi dalam PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar esok.
Demikian jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diumumkan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.
"Pada pilihan raya umum yang lalu, peratusan keluar mengundi di Sungai Besar adalah sebanyak 88% dan dijangka pada PRK kali ini di dua kawasan iaitu Sungai Besar dan Kuala Kangsar, peratusan keluar mengundi sebanyak 75%.
Terdapat beberapa kemungkinan penurunan peratusan tersebut termasuk wujudnya persepsi dalam kalangan pengundi bahawa pilihan raya kecil tidak membawa sebarang perubahan dan faktor hari raya Aidilfitri yang akan tiba dalam tempoh dua minggu lagi," ujar beliau dalam sidang media selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.
Foto Kredit : Utusan Malaysia.
#PRKSungaiBesar : 75% Jangkaan Keluar Mengundi.
Reviewed by CheritaMalaysia
on
3:00 PM
Rating:

No comments