Mendapat keberkatan di bulan Ramadan
Berpuasa itu bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tapi kita juga perlu mengawal dari segi aspek lain.
Kawal pandangan, kawal pendengaran, kawal penuturan, kawal perbuatan, kawal nafsu dan segalanya.
Kawal pandangan, kawal pendengaran, kawal penuturan, kawal perbuatan, kawal nafsu dan segalanya.
Di dalam bulan Ramadan inilah kita perlu 'berebut-rebut' untuk membuat kebaikan kerana inilah bulan yang penuh rahmat dan suci antaranya:-
1. Banyakkan berdoa:
Banyakkan berdoa agar:
a. Allah SWT memberi kesempatan kita untuk bertemu Ramadan.b. Saat bertemu Ramadan kita dalam keadaan sihat tubuh badan dan jauh daripada penyakit.
c. Kita bersemangat dalam mengisi Ramadan dengan pelbagai amalan.
d. Kita dihindarkan daripada segala perkara yang akan mengganggu tumpuan kita menikmati Ramadan.
2. Perbanyakkan pujian dan syukur kepada Allah SWT:
Bersyukur dan sentiasa mengucap Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati keberkatan bulan Ramadan yang mulia.
3. Bergembiran di atas kedatangan bulan Ramadan:
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, Allah telah wajibkan atas kalian puasa di siang harinya, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu, pada bulan ini ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, siapa yang terhalang dari kebaikannya bererti ia telah benar-benar terhalang” (H.R. Ahmad).
4. Menyusun perancangan di bulan Ramadan:
Ramai yang sibuk menyusun perancangan di dunia, tapi lupa perancangan untuk akhirat. Ketika di dalam bulan Ramadan inilah kita perlu menumpukan aktiviti-aktiviti seperti solat, membaca Quran, bersedekah, dan sebagainya sebagai simpanan 'saham' selepas kita meninggal dunia kelak.
5. Azam tinggalkan dosa dan mendekatkan diri dengan Allah SWT:
Rebutlah peluang ini. Bertaubat di dalam bulan mulia. Mohon kepada Allah SWT agar kita diberi petunjuk dan menjadi umat manusia yang patuh kepada perintah-Nya dan mendapat keberkatan hidup dunia akhirat.
Mendapat keberkatan di bulan Ramadan
Reviewed by CheritaMalaysia
on
12:00 PM
Rating:

No comments