Jom Lihat Planet Zuhal Jumaat Ini
Orang ramai di negara ini berpeluang
untuk melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari)
melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia
selepas matahari terbenam, pada Jumaat ini (3 Jun 2016).
Planet Zuhal mengambil masa selama 29.5 tahun (10,759 hari) untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari. Planet Zuhal akan berada pada posisi istiqbal ini setiap 378 hari dan jangkaan seterusnya akan berlaku pada 15 Jun 2017.
Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal adalah pada 23 Mei 2015.
Posisi istiqbal merupakan posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi.
Fenomena istiqbal ini akan memberikan
posisi yang terbaik untuk penyelidik dan peminat astronomi untuk mencerap objek
tersebut kerana ia berada pada tahap kecerahan paling cerah yang memudahkan
aktiviti pencerapan dan rakaman imej.
Manakala apabila dilihat menerusi mata
kasar, ianya akan kelihatan seperti bintang yang cerah.
Planet itu akan berada di
sebelah timur dengan buruj Scorpio.
Fenomena istiqbal serta
pencerapan boleh dilakukan di kawasan lapang yang tidak terlindung dengan awan
serta kurang pencemaran cahaya.
Fakta Zuhal :
- Planet keenam dari matahari.
- Planet kedua terbesar dalam sistem suria, selepas Musytari.
- Planet paling cantik kerana ada gelang terang melingkarinya.
Jom Lihat Planet Zuhal Jumaat Ini
Reviewed by CheritaMalaysia
on
5:34 AM
Rating:

No comments