Hukum Islam diutamakan melebihi segalanya- Mastura
Para wartawan dan pengamal media sebelum masuk ke kediaman Datin Mastura untuk sidang media. |
Calon Barisan Nasional P.067 Kuala Kangsar, Datin Mastura Abdul Yazid menjelaskan bahawa beliau tidak pernah dipaksa untuk masuk bertanding oleh sesiapapun sebaliknya atas dasar kerelaan dan kasih sayang terhadap penduduk Kuala Kangsar.
Datin Mastura ketika ditemui dalam satu sidang media khas di kediamannya menambah, beliau akan meneruskan perjuangan suaminya, Allahyarham Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Beliau turut memohon maaf tidak dapat turun untuk berkempen sepanjang tempoh edah kerana hukum Islam perlu diletakkan di hadapan melebihi segala-galanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
"Anak-anak saya akan turut turun padang meskipun ia merupakan perkara baru buat mereka," tambah beliau.
Apabila ditanya mengenai calon-calon dari parti lain, beliau menjawab, "Saya amat menghormati semua calon yang bertanding dan yakin persaingan secara sihat."
Datin Mastura ditemani keempat-empat anak lelaki beliau. |
Ketika menjawab soalan daripada para wartwan. |
Hukum Islam diutamakan melebihi segalanya- Mastura
Reviewed by CheritaMalaysia
on
4:30 PM
Rating:
No comments