Calon BN PRK Kuala Kangsar bukan orang asing
![]() |
Pencalonan Datin Mastura tidak melanggar hukum Islam - Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria. (foto kredit: Berita Harian) |
Hukum Allah SWT bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang sebelah mata. Jika seseorang baru kematian suami, memang isteri perlu menjalani edah dan tidak keluar dari rumah. Tetapi, tetamu masih boleh berkunjung ke rumahnya.
Itulah yang berlaku kepada Datin Mastura yang tidak bolah keluar berkempen kerana sedang berada di dalam tempoh edah kerana kematian suami, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang merupakan penyandang kerusi P.067 di dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei yang lepas.
Namun, masih terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menggunakan isu ini sebagai 'bahan' untuk menjatuhkan kredibiliti dan reputasi beliau sebagai calon BN.
Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria telahpun memberikan penjelasan bahawa pencalonan Datin Mastura di dalam PRK P.067 bukanlah menjadi satu masalah dan tidak pernah melanggar hukum Islam.
Datin Mastura hanya tidak boleh keluar rumah selama 4 bulan 10 hari dan selepas tempoh itu, beliau boleh keluar menjalani aktiviti harian seperti biasa. Sepanjang berkempen nanti, anak-anak lelaki beliau iaitu Wan Emir, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Ammar sendiri akan turun padang mewakili beliau.
Jika dilihat portfolio beliau, Datin Mastura memang tidak asing dalam kalangan masyarakat Kuala Kangsar. Beliau boleh dikatakan selalu turun bersama bertemu penduduk setempat menemani suaminya dan faham isu-isu yang berlaku di situ.
Malah, beliau yakin masyarakat Kuala Kangsar bijak menilai berdasarkan kerja-kerja pembangunan yang dilakukan sejak 27 tahun lalu bersamah arwah suami.
![]() |
Datin Mastura telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat Kuala Kangsar. (foto kredit: NST) |
Calon BN PRK Kuala Kangsar bukan orang asing
Reviewed by CheritaMalaysia
on
9:00 AM
Rating:

No comments