Anak Harap Perjuangan Arwah Ayah Dapat Diteruskan
Keempat-empat anak lelaki Datin Mastura Yazid, Wan Emir, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Ammar hadir mewakili ibu mereka selaku calon parti Barisan Nasional bagi P.067 Kuala Kangsar.
Menurut Wan Emir, mereka berharap perjuangan allahyarham ayah mereka Wan Mohammad Khair-il Anuar yang meninggal akibat nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 lalu dapat diteruskan oleh ibu mereka.
Menurutnya lagi, ibu mereka bukanlah orang asing dalam kalangan penduduk di Kuala Kangsar kerana beliau selalu berada di samping ayah mereka 24 jam ketika turun padang bertemu pendduk setempat.
Sepanjang kempen pilihanraya kecil nanti, mereka akan turut serta dan memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada ibu mereka yang masih berada di dalam tempoh edah.
Anak Harap Perjuangan Arwah Ayah Dapat Diteruskan
Reviewed by CheritaMalaysia
on
1:53 PM
Rating:
No comments