"Bagaimana nak berkhidmat kalau asyik berbalah?"

Jentera parti BN perlu bergerak tangkas dan bersatu padu  dalam berkempen  sekaligus memastikan kemenangan kekal milik BN.  (foto kredit: Wira Ismail)

Oleh:  FI


"Bagaimana nak bela nasib rakyat sekiranya asyik berebut kerusi, berbalah sesama sendiri?.". Itulah yang dipersoalkan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai keadaan "orang di sebelah sana" yang asyik bertengkar dan bertikam lidah antara satu sama lain.

Beliau menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah sandaran terbaik buat rakyat kerana ia merupakan sebuah parti yang konsisten, bersatu-padu dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat di waktu senang dan juga kala di waktu susah.

Malah, jentera parti BN perlu terus bergerak dengan proaktif bagi membantu calon BN Kuala Kangsar P.067 Datin Mastura yang tidak dapat keluar berkempen kerana masih dalam tempoh edah.

"Calon ada atau tidak ada, muncul atau tidak muncul, kita yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membantu mencapai kemenangan calon BN P.067," tambah beliau lagi merujuk kepada situasi yang dialami oleh calon BN pada ketika ini.




"Bagaimana nak berkhidmat kalau asyik berbalah?" "Bagaimana nak berkhidmat kalau asyik berbalah?" Reviewed by CheritaMalaysia on 9:00 AM Rating: 5

No comments