RUU Syariah: Wajarkah PM Berdiam Diri Dengan Reaksi Pemimpin Parti Komponen?

26 Mei lalu, Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian iaitu pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat.

Ini bertujuan untuk penambahbaikan sistem perundangan syariah sebagai satu cara memperkukuhkan undang-undang Islam tersebut bagi umat Islam Di Malaysia.

Dengan tidak semena-mena ia menjadi ribut. Tindakan ini dianggap salah oleh banyak pihak. Ia digambarkan sebagai satu cubaan membawa hukum hudud menjadi satu realiti. Bukan lagi hanya fantasi dan modal politik seperti yang berlaku sejak sekian lama.

Ironinya, UMNO yang selama ini dituduh menolak hudud, kali ini dituduh punya menyokong sehingga menjadi sasaran banyak pihak.

CheritaMalaysia melihat isu ini sebagai satu ketidak fahaman banyak pihak terhadap apa yang cuba dibawa oleh Haji Hadi. Malah ini juga menunjukkan betapa besarnya 'kepala' kepala-kepala parti komponen BN.

Tiga Presiden parti komponen, MCA-MIC-Gerakan mengugut mahu meletakkan jawatan. Kita harapkan PM tidak perlu berlembut lagi dengan ugutan-ugutan seperti budak kecil ini. Umum mengetahui, ketiga-tiga parti komponen ini sudah hilang pengaruh. perbuatan mengugut ini hanyalah satu percubaan mencari pengaruh.

Ketegasan PM diperlukan dalam menangani isu ini. Gugurkan sahaja mereka daripada senarai Kabinet jika tidak mahu menerima perbincangan. Masih ramai pemimpin parti politik bukan melayu yang rasional seperti Presiden PCM. 

Menjadi satu kemalangan bagi umat Islam di Malaysia apabila apa sahaja mengenai Islam dijadikan modal politik bukan sahaja pembangkang tetapi juga parti Kerajaan untuk mendapat sokongan...
RUU Syariah: Wajarkah PM Berdiam Diri Dengan Reaksi Pemimpin Parti Komponen? RUU Syariah: Wajarkah PM Berdiam Diri Dengan Reaksi Pemimpin Parti Komponen? Reviewed by CheritaMalaysia on 10:39 PM Rating: 5

No comments