Tolak Vaksin Berdosa!


Panas betul isu vaksin semenjak dua menjak ini. Semuanya timbul apabila seorang kanak-kanak di Melaka meninggal dunia minggu lalu akibat difteria.

Ini satu lagi kenyataan yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa yang memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata individu yang menolak penggunaan vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit mengancam nyawa adalah berdosa.

Katanya, ibu bapa yang memilih tidak membenarkan anak divaksin tanpa langkah pencegahan lain yang terbukti lebih efektif, juga berdosa kerana meletakkan anak mereka dalam bahaya.

Syariat Islam antaranya menuntut pemeliharaan kesihatan serta nyawa dan dalam konteks berkaitan, penggunaan vaksin perlulah berpegang kepada konsep Islam.

Mengulas mengenai wabak difteria, Datuk Dr Mohd Asri menasihatkan golongan antivaksin supaya bercakap berdasarkan fakta dan ilmu, bukan sekadar membuat andaian bahawa penggunaan vaksin memberi kesan sampingan.

Tolak Vaksin Berdosa! Tolak Vaksin Berdosa! Reviewed by CheritaMalaysia on 7:48 AM Rating: 5

No comments