Remaja 'Mengandung' Janin Kembar Kini Sihat
Hasmah Ahmad menunjukkan gambar janin yang dikeluarkan dari perut anaknya, Mohd. Zul bulan lalu.
Sumber Foto: Harian Metro
Ingat tak pernah viral satu ketika dulu, kisah seorang remaja yang 'mengandung' kembarnya selama 15 tahun?
Remaja itu, Mohd. Zul Shahril Saidin, 15, berasal dari Baling, Kedah gembira keadaan tubuhnya kembali normal selepas pembedahan.
Malah, Mohd Zul tidak malu lagi berdepan rakan sekolah yang sebelum ini mengejeknya kerana perutnya membesar seperti orang mengandung.
"Saya rasa kembali normal seperti remaja lain dan bersyukur Allah memberi hidayah dalam kehidupan selepas sekian lama menderita menggendong janin kembar di dalam perut," katanya.
Wajah terbaharu Mohd. Zul (berbaju kelabu) yang ditemui Pegawai Kebajikan Masyarakat semalam.
Sumber Foto; Berita Harian
Ketumbuhan didakwa janin telah dikeluarkan dari dalam perut Mohd. Zul, di Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH), Sungai Petani, bulan lalu.
Menurut ibunya, Hasmah Ahmad, 38, ‘janin’ yang dikandung dalam perut anaknya sejak 15 tahun lalu itu, lengkap organ seperti bayi cuma hidung dan mulut tidak sempurna.
Janin yang dikeluarkan itu dikatakan boleh dilihat dengan mata kasar iaitu mempunyai rambut, kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah terbentuk.
Kisah Mohd Zul yang perutnya membesar kerana janin kembarnya dikatakan 'menumpang hidup' selama 15 tahun menjadi viral di laman sosial kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku di negara ini.
Anak kelima daripada lapan beradik yang sudah tidak bersekolah itu menderita sakit sejak empat bulan lalu, dan dimasukkan ke Hospital Baling sebelum dirujuk ke HSAH, Sungai Petani bagi membuang ketumbuhan itu.
Rupa janin yang dikeluarkan dari perut Mohd. Zul
Remaja 'Mengandung' Janin Kembar Kini Sihat
Reviewed by CheritaMalaysia
on
1:40 PM
Rating:
No comments