Penyerahan Watikah Pengiktirafan USAS. #PRKKualaKangsar
farizah
foto: azizi/wira
Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris
Jusoh menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pengiktirafan Penubuhan
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kepada Kolej Universiti Islam Sultan Azlan
Shah (KUISAS) telah diadakan pada 14 Jun 2016 bertempat di KUISAS.
Pengiktirafan ini diberikan atas kelayakan
USAS yang Berjaya memenuhi kriteria-kriteria antaranya dari segi kakitangan
akademik, pemantapan kualiti kursus pengajin, penglibatan pengurusan pihak
atasan yang berpengalaman melebihi 10 tahun dan lain-lain.
Tambah Dato’ Seri Idris, pengiktirafan ini
merupakan peningkatan kualiti pendidikan tinggi dalam negara dan mampu
memberikan impak yang serta-nerta kepada Kuala Kangsar.
“Ia mampu menjana ekonomi serta-merta kepada
bandar ini (Kuala Kangsar). Nilai
hartanah juga akan turut membangun,” tambah beliau.
Ketika ditanya di dalam siding media mengenai
pengiktirafan naik taraf ini adalah kerana faktor Pilihan Raya Kecil PRK P.067,
Dato’ Seri Idris menafikan perkara tersebut.
“Ini bukan perkara baharu. Dah banyak kali saya berjumpa dengan Tan Sri
Prof. Dr. Nordin Kardi untuk membincangkan perkara ini. Dah dua tahun. Bila lengkap syarat, barulah pihak kami dapat
beri pengiktirafan,” jawabnya.
Penyerahan Watikah Pengiktirafan USAS. #PRKKualaKangsar
Reviewed by CheritaMalaysia
on
5:40 PM
Rating:
No comments